Time is a Gold
Countdown
Peperiksaan ICT-SPM 04/12/13

Gandakan Usaha Anda
Navigation
Home
KERJA KURSUS
Aspek Kerja Kursus ICT
LA1.S01.1
LA1.S01.2
LA1.S02.1
LA2.S03.1
LA2.S04.1
LA2.S05.1
Jenis-Jenis Instrumen
Pemarkahan Kerja Kursus
PORTAL
Articles
Downloads
Discussion Forum
Web Links
Photo Gallery
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Public Poll
Adakah portal ICT SPM ini membantu anda dalam pembelajaran dan pengajaran

Sangat Setuju

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Setuju

Random Photo
Popular Downloads
 SPM ICT 2012 3398
 CD1 1629
 SPM 2011 1273
 Express Note 792
 MPKK ICT 772
 ACF Form 4 758
 CD11 743
 CD6 649
 CD2 640
 CD10 626
New Files
 Soalan ICT SPM 2013
 Jadual peperiksaan...
 MPKK versi 2
 SPM ICT 2012
 Jadual Peperiksaan...
 Negeri Kelantan
 Wilayah Kuala Lumpur
 Negeri Terengganu
 Negeri Selangor
 Negeri Perak
Guest Book
Bukupelawat
About Me
Contact_Us

ICT Teacher:
Mr. Muhammad Suhaimi b. Zakaria
Bec. Mgmt. with Edu. IT(Hons)
Msc. Infomation Mgmt
Email:
twinsue@gmail.com
OR
SMS:
019-7178236
Bil. Pelawat
Online Right Now
Buku Rujukan / Buku Latihan / Buku Soalan / Buku Modul / Buku Istilah
topikal exam Images: db.jpg istilah
Articles Hierarchy
Articles Home » Chapter 2 » Virus Komputer
Virus Komputer
Virus Komputer

Virus, Worm, dan Kuda Trojan ( Trojan Horse) merupakan program berniat jahat yang tidak diundang dan boleh menyebabkan kerosakkan kepada komputer, maklumat dalam komputer, memperlahankan rangkaian dan menggunakan komputer anda untuk menyebarkan kepada orang lain termasuk pengguna internet di seluruh dunia. Menangani permasalahan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama pengguna komputer itu sendiri. Ibarat pemandu kereta yang tidak servis keretanya sekian lama. Bila kerosakkan berlaku ditengah-tengah jalan raya menyebabkan lalulintas yang amat panjang dan mengambil masa untuk beransur pulih seperti sedia kala.

Apakah Virus Komputer?

Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam media storan (disk) yang dinamakan sektor but (boot sector). Apabila kita manjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang dijangkiti virus, virus tersebut akan diaktifkan. Virus yang telah diaktifkan boleh melakukan pelbagai perkara temasuk menyalin diri mereka kedalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan cakera keras (hardisk).

Virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa atau hari tertentu yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah Virus Michelangelo yang menyebakan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada hari lahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan memformat cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yan disimpan didalam cakera keras tersebut.

Penyebaran virus dapat dilakukan dengan banyak cara, antaranya :

  1. Melalui media storan seperti disket,cdrom, cakera keras dan lain-lain yang sebelumnya sudah dijangkiti virus. Jangkitan akan terjadi ketika membaca fail, menyalin fail atau bahkan cuma melihat daftar isinya sahaja.
  2. Melalui e-mel ketika menerima e-mel yang ada dilampiran (attachement) biasanya e-mel yang mengandungi virus, ada lampiran fail seperti *.zip, *.com, *.exe, *.vbs, *.rtf, *.dll, *.scr dan *.pif. Sebaiknya periksa dahulu dengan perisian antivirus.
  3. mengunjungi /memuat turun dari alamat tertentu, misalnya laman hacker, laman porno, ataupun laman lainya yang tidak jelas pengendaliannya. Apalagi dengan adanya virus baru yang dibuat dalam bahasa java, ketika anda mengunjungi laman tersebut virus java dapat menjangkiti komputer anda tanpa anda sedari.

Apakah Cecacing (WORM)?

Cecacing (WORM) adalah jenis virus yang biasanya melakukan eksplotasi terhadap kelemahan yang terdapat pada sistem operasi dan juga aplikasi yang digunakan. Contohnya Worm CodeRed yang memanfaatkan kelemahan pada file idq.dll iaitu suatu kelemahan buffer overflow pada sistem operasi asal pada windows 2000. Jadi ketika anda menggunakan windows 2000 atau tidak melakukan Windows Update dan Patch pada sistem operasi anda, dengan mudahnya virus ini akan menjangkiti komputer anda.

Apakah Kuda Trojan (Trojan Horse)?

Secara teknikalnya, Kuda Trojan (Trojan Horse), bukan virus tetapi jatuh dalam kategori program bahaya yang boleh diaktifkan dalam komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer itu. Terdapat pelbagai jenis trojan tetapi biasanya memberi capaian kepada rangkaian dari luar termasuk penggunaan program dalam komputer atau mendapatkan data yang ada dalam cakera keras komputer itu. Kuda Trojan juga boleh memasuki komputer melalui perisian yang dimuat-turun dari internet secara percuma. Jangan memuat turun perisian dari sumber yang tidak diketahui punca asalnya. Selalulah muat-turun Microsoft Updates dan Patchs dari laman web rasmi Microsoft Windows Update atau Microsoft Office Update.

Kesan serangan virus.

Berikut ini merupakan kesan dari serangan virus komputer.
  1. Kerosakan pada perisian komputer, fail maklumat dan juga perkakasan komputer.
  2. Gangguan rangkaian komputer samada capaian ke internet dan internet menjadi perlahan.
  3. Pengguna komputer dan internet akan mengalamai gangguan kerja dan emosi (stress).

Simptom-simptom pc diserang virus.

Berikut ini merupakan simptom-simptom PC diserang virus komputer:
  1. Sistem Operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini tidak pernah menyentuh bahagian penetapan (setting) ataupun mengubah daftar windows (Windows registry). Fail-fail penting yang digunakan untuk melarikan sistem hilang secara tiba-tiba. windows tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  2. Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembab. sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan. Kadangkala PC menjadi "hang" selepas dibuka. Juga keluar mesej 'out of memory' walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  3. Kotak dialog terpapar pada skrin secara tiba-tiba menyatakan program tertentu tidak dapat dijalankan.
  4. Muncul secara tiba-tiba program-program yang tidak pernah diinstal sebelum ini dan berjalan dengan sendirinya. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  5. Menerima e-mel yang mengandungi lampiran-lampiran yang pelik contohnya mengandungi lebih dari satu ekstensi.
  6. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba dan tidak boleh diinstall semula.

Hindari serangan virus.

Berikut ini merupakan perkara-perkara yang boleh dilakukan agar PC terhindar dari serangan virus:
  1. Gunakan Perisian Asli. Hargai dan Hormati Hakcipta. Hindari menggunakan perisian tiruan dalam apa juga keadaan sekali pun. Awas! Windows Update tidak boleh dijalankan pada Windows XP/Vista cetak rompak.
  2. Pastikan Sistem Operasi sentiasa dikemaskini. Perisian sistem pengoperasian Windows hendaklah sentiasa dikemaskini (jalankan Windows Update) bagi memastikan sistem sentiasa selamat dari serangan virus dan penggodam. Tukar katalaluan (password) kepada yang lebih sukar untuk jejaki umum. Jangan e-melkan katalaluan kepada sesiapa pun.
  3. Gunakan Perisian Antivirus Terkini dan Dikemaskini. Pasang perisian antivirus untuk melindungi komputer anda dan pastikan fail tandatangan (signature) yang terkini telah dimasukkan. Anda perlu kemaskini tandatangan virus sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari bekerja.
  4. Imbas Virus Secara Harian. Jadualkan untuk mengimbas komputer setiap hari bagi mengesan virus. Jadual imbasan boleh dilakukan pada waktu bukan puncak, seperti waktu tengahari.
  5. Periksa Lampiran e-mel. Waspada terhadap virus yang datang sebagai lampiran (attachment) e-mel daripada punca yang tidak dapat dikenalpasti. Ada virus ulat (Worm) yang boleh menyamar sebagai ucapan selamat atau perayaan. Jangan buka sebarang lampiran sehingga anda benar-benar pasti apa isi kandungannya. Contohnya *.zip, *.vbs, *.pif, *.scr, *.rtf (* mewakili nama bagi sesuatu fail).
  6. Periksa Fail Yang Dimuat-turun. Periksa cakera liut dan fail yang dimuat-turun dari internet terutama dari punca yang dimuat-turun dari internet terutama dari punca yang tidak diketahui menggunakan perisian anti-virus sebelum menggunakannya.
  7. Hentikan Semua Aktiviti Komputer Yang Telah Dijangkiti. Jika komputer anda telah dijangkiti oleh virus komputer, semua aktiviti menggunakan komputer tersebut mesti dihentikan - memulakan proses pengapusan virus. Meneruskan penggunaannya akan membantu virus itu merebak dengan lebih giat.
  8. Kerap Membuat Salinan (Backup). Selalulah membuat salinan aturcara dan data anda. Membaikpulih menggunakan salinan adalah langkah yang paling selamat bagi mendapatkan kembali fail selepas diserang virus.
  9. Pasang Personal Firewall. Sebagai Perlindungan tambahan, anda boleh memasang perisian Firewal peribadi. Tetapkan ketahap keselamatan paling tinggi untuk pelayar web. Penggunaan perisian ini memerlukan kefahaman yang sewajarnya terhadap transaksi yang berlaku dalam komputer anda.
  10. Buang Fail dan Perisian Yang Tidak Bermanfaat. Buang fail-fail dan perisian yang tidak diperlukan dalam tugasan harian anda.

Mengesan Dan Menghapuskan Virus Komputer.

  1. Gunakan perisian antivirus yang asli. Ini bagi memudahkan proses pengemaskinian (update) dilakukan bagi memastikan virus tersebut beroperasi dengan baik dan selamat.
  2. Sentiasa pastikan antivirus anda "up-to-date". Kemaskini fail tandatangan virus (Virus IDE) antivirus anda sekarang.
  3. Imbas (Scan) dan bersihkan (cleanup) sekiranya virus dijumpai.
  4. Rujuk laman-laman web antivirus sekiranya virus tidak dapat dibersihkan oleh perisian antivirus anda.